Assalamualaikum....
Isnin : 05/11/12
Aku Tak kan Lupa Tarikh Tu :'(
mase malam ahad. hamdan's father masuk wad. akibat darah tinggi. dan aku risau sangat. aku ajak mama pergi melawat 'pakcik' mama cakap, tak payah dulu. dan dia risau sebab esokknye aku nak spm. mama cakap. takpe. 'kite tengok ayah hamdan hari jumaat ye.sayang'. aku menangis dan said 'ok' lepastu. keesokkan harinya. bermulah Sijil Pelajaran Malaysia. dalam hati aku rase berdebar-debar tak sangka hari ni mula SPM. *sigh*. Lepas sampai sekolah. aku menyapa kawan-kawan aku. dalam hati ni kan tengah bercampur baur. fikirkan masa depan, fikirkan 'pakcik' serious. aku betul betul risau kat 'pakcik'.
time aku tengah jawab exam, tiba-tiba hati aku tak tenang, macam ade sesuatu akan berlaku. kepala mula rase nak pecah akibat pikir idea untuk karangan.lepastu kertas Bm tamat pukul 10:30. fuhh. lepas 1kertas. now. untuk Bm kertas 2 pulak.kertas 2 start pukul 2 petg. mase tengah kusyuk baca n hafal novel tiba tiba kepala aku sakit. dan muka aku pucat.tapi aku abaikan je. dalam hati aku "harap-harap tak de ape berlaku kat pakcik" dan aku berdoa agar 'pakcik' cepat sembuh. . aku asyik fikirkan 'pakcik' . dalam hati aku "macam mana keadaan pakcik sekarang ni" tiba tiba. tengah kusyuk mengelamun. tiba tiba mak kawan aku datang . dia just nak bagi makanan kat anaknye. btw, kiteorang tak boleh keluar selagi paper tak habis. jadi ibuk ibuk bapak bapak, kena hantar makanan untuk anaknye. then. lepas tu. kawan aku Dian datang ke arah aku, then dia cakap "zaty..aku nak cakap sesuatu ni , kau jangan sedih ok" dalam hati aku rase berdebar debar bila dia cakap "jangan sedih" then aku cakap. "ok" Dian sambung percakapan dia. "Ayah H dah meninggal" bila Dian cakap macam tu. aku terus menangis then peluk Dian kuat kuat. Ya Allah. tak sangka 'pakcik' dah pergi... then aku terbayang wajah H ibu H, ahli keluarga H. macammane lah keadaan diaorang. serious. tak sangka begitu cepat 'arwah pakcik' pergi. then. bila aku dapat tahu. hati aku betul betul tak tenang .sebab aku risau kan Hamdan's family .hajat nak lawat pakcik hari jumaat ni tak kesampaian. dan aku sedih sangat sebab tak dapat tengok arwah wat kali terakhir. last jumpe 'arwah pakcik' mase sambut befday hamdan. serious sedih. :'( dan aku terus telefon mama. untuk sampai kan berita sedih. rupanya mama dah tahu.'arwah' meninggal pagi. mama sengaja tak nak bagi tahu aku sebab dia tak nak aku sedih. then mama cakap. "makanannye mama tinggalkan kat pondok jaga. jangan sedih-sedih, anak mama kena kuat" aku just cakap "ok". then petang tu. pas habis paper 2 . aku terus balik rumah. bila sampai rumah. aku terus peluk mama aku. ya Allah. betapa sedihnya bila kehilangan orang yang kita sayang. :'( and mase malam kenduri arwah pulak. ayah je yang pergi , aku nak ikut tapi mama tak bagi. sebab aku kan tengah 'SPM' . serious sedih sebab tak dapat pergi. dari petang til lah malam aku menangis. aku cuba kuat kan semangat but tak boleh. even arwah bukan ayah aku, tapi aku dah anggap arwah macam ayah aku sendiri. dan arwah baik sangat tersangat baik. aku suke lihat senyuman 'arwah pakcik' manis sangat. H sampai sekarang tengah sedih , mama pesan "aty,bagi semangat kat Hamdan.hamdan perlukan sokongan dan dorongan" dan sampai sekarang aku cuba gembirakan H. even H cakap ok. tapi aku tahu. H still sedih atas pemergiaan ayahnye.
Rabu : 07/11/12
*Petang tadi mama suruh hantar puding kat rumah H. bila aku sampai rumah H. aku lihat. ramai yang datang rumah dia. ya Allah. sayu je hati bila pandang rumah H. teringat kenangan-kenangan kat rumah H. hmm. aku salam ibu H. aku tanya khabar dia. mase aku nak tanya khabar , tiba-tiba lidah aku kelu.. hmm dah kenapa yea? mama cakap. "mungkin kau nervous bila cakap dengan mak mertua" haha . mama ni. --' . lepastu aku lihat ibu H mukenye pucat.lesu.matenye sembap ya Allah, betapa tabahnya hati ibu H. mesti dia sedih bila kehilangan orang yang dia sayang kan. sayu je bila tengok muka ibu H.makcik kuat kan semangat . mungkin Allah lebih sayangkan arwah pakcik. makcik tabah ye. lepas je hantar puding tadi. aku minta izin untuk balik rumah. lepas sampai rumah aku menangis. aku tak sanggup tengok muka ibu H. bila aku pandang muka ibu H, rase nak peluk jee.. "Ya Allah, kau tabahkanlah Hati Ibu hamdan,berikanlah kesihatan yang baik untuk ibu hamdan,panjangkan lah umur ibunya. dan murahkanlah rezekinya". Amin
Hamdan selalu pesan kat aku. "jaga lah ibu bapa selagi mereka masih ada bersama kita"
"Mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. semoga roh beliau Dicucuri Rahmat. Al-Fatihah"
_ CRY_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan